Assalamualaikum guys. Bertemu lagi dengan hos anda pada hari
ini, Akayyy!!
Okay, since dah nak dekat sebulan duduk rumah tok, so macam2
la cucu2 tok ni buat perangai. Eh lamanya dok rumah tok. Awat ni? Haa, nak dijadikan
cerita, masa minggu kedua PKP, terjadila satu kejadian yang sangat tak
disangka. Suis utama (kotak letrik tu) meletup and terbakar. Terbakar betul
wehh. Macam bunga api. Pastu cepat2 abah n dike padamkan guna fire
extinguisher. Masa tu tengah hujan lebat gila plus angin kuat gila plus guruh
and petir sabung-menyabung. Ewahh. Haa centula ceritanya. So satu rumah takdak
letrik. Pastu kami satu family p rumah tok. Duduk situ. Alhamdulillah, dalam
perjalanan tu takdak jumpa polis pulak. Kalau tak mau satu family kena tahan
polis. Haha. So sekarang ni cucu2 tok 3
org ni dok rumah tok la. Ibu abah pulak balik rumah.
Ok, kita start dengan cucu pertama iaitu Kokmi. Haa, kokmi
ni jenis suka tunjuk apa2 kat tok. Dikain buli semua nak habaq. Sikit2 panggil
tok. Suka mengadu. Ish. Saja ja. Pastu dikain yang kena marah dengan tok n wan.
Dia memang saja. Mentang2 dah kahwin. Blahlaa. Tapi tu la, kat rumah tok ni
semua kokmi la yang jadi chef. Nak mintak apa2 semua kat kokmi. Kokmi layan
jaa. Haha. Tu ja yang best. Pastu dia ni pun nampak ja baik, padahal buat
perangai jugak. Setakat sekarang ni, report menunjukkan dah 3 cawan tok dia
bagi pecah. Cemerkap sangat. Ish la. Pastu tau pun takut.
Next, cucu ketiga iaitu Dikain. Haa dikain ni akay la. Haha,
akay ni baik sebenarnya. Tapi tu la, dia jenis pantang tengok kokmi dengan dike
ni senang. Sikit2 nak kacau. Biasala, dikain kan lonely. Haha. Takdak sapa nak
kacau. Plus perangai dikain yang memang tak reti dok senyap. Suara mesti kuat.
Bising sikit. Haha. Haa, pastu akay ni pun rajin masak. Ehh betul ka? Haha.
Biasala, dah ada kokmi ni dia jadi malas sikit. Nak berharap kat kokmi ja. Tapi
kalau kokmi takdak boleh ja masak. Hehe. Masuk bakul angkat sendiri nampak.
Tapi kan, dikain tu memang nak kena tibai la. Sebabnya dia malas sungguh nk
study. Ni pun dia dok taip nak update blog. Bukannya study. Ish2, sabar je la.
Pastu kan, dikain ni garang sikit. Eh garang banyak. Haha padahal tak garang
pun. Dengan kokmi ja garang. Pastu kan, dikain ni yang paling selalu kena marah
sebab bising and suka kacau kokmi. Kau tunggu kokmi, nanti aku balas dendam.
Hahahhaha (gelak jahat). Api tula, tips untuk tak kena marah adalah mengadu kat
tok and acah2 innocent. Haha.
Last, Dike. Haa, ni yang paling geram. Asyik main game ja.
Mentang2 baru lepas SPM. Tak dak apa nak buat. Dia tau main game ja. Seb baik
la kakak sayang. Dia la yang selalu keluar beli barang2 nak masak and macam2.
Haha, jadi ketua keluarga ekk. Hmm, dia ni takdak banyak benda nak cakap.
Memang annoying dari dulu. Akay pun teringin nak menang lawan gusti dgn dia.
Setakat ni macam nak menang tapi akhirnya dikalahkan oleh dike. Cemuih la. Dia
ni adik. Tapi berlagak abang. Suruh kita panggil abang pulak tu. Eww. Tapi
takpa, akay redha. Malah suka lagi adala. Haha. Sebab akay boleh jadi adik.
Yeayy.
Oklah, penat sudah. Byeeee. Sampai bertemu lagi yaa. Jangan
rindu2.
![]() |
Ni masa terbakar. Tak sempat ambik gambar. Kalut2 masa ni |
![]() |
After hujan lebat |
![]() |
This is me hahaha |
No comments:
Post a Comment