Thursday, 16 April 2020

KOKMI'S MARRIAGE


It’s finally Kokmi’s time to shineeee!!!

Haaa, uolls mesti tertunggu-tunggu kan entri kali ni punya. So sekarang ni Kokmi dah kahwin. Yang bestnya, akay dapat abang. Yahuuuuu! Dah lama tunggu saat2 begini. Org tak pernah ada abang la katakan. Kalau dah ada abang boleh mintak tolong abang macam2. Hahahah. Dalam mimpila semua tu. Berangan kau yeee.

Tarikh keramat 20.03.2020 telah dipilih sebagai hari akad nikah Kokmi. Benda dah plan awal, tapi sebab covid yang melanda, so buatla gitu2 ja. Nasib baik memang dah plan nak buat kecil2. Sebab kenduri lepas raya. Tu pun kalau kenduri jadila. In shaa Allah. Doakan ekk.

Kisah cinta kokmi bermula pada suatu hari di mana angin sepoi2 bahasa menampar pipi kokmi yang tidak putih dan gebu itu. Angin lama2 bertukar menjadi angan2 yang termimpikan. Mimpi pula bertukar menjadi realiti. Haha, layan je la ekk. ish, kisah cinta kokmi adalah rahsia. Mana boleh cerita. Korang nak tau tanyala kokmi sendiri. Haha.

Entri ni akay tak nak banyak cerita sangat. Korang tengok gambar ja la ekk.




Dike pakaikan inai kat kokmi. Dikain kat kuantan lagi masa ni



Motif? Haha. Tu Mr Syafiq say hello. Terkezut ai. Sonok pon ada hehe

Acah BTS la ye

Aimi dan Muaz










Tuesday, 14 April 2020

KERENAH CUCU-CUCU TOK CHEK DAN WAN YA


Assalamualaikum guys. Bertemu lagi dengan hos anda pada hari ini, Akayyy!!

Okay, since dah nak dekat sebulan duduk rumah tok, so macam2 la cucu2 tok ni buat perangai. Eh lamanya dok rumah tok. Awat ni? Haa, nak dijadikan cerita, masa minggu kedua PKP, terjadila satu kejadian yang sangat tak disangka. Suis utama (kotak letrik tu) meletup and terbakar. Terbakar betul wehh. Macam bunga api. Pastu cepat2 abah n dike padamkan guna fire extinguisher. Masa tu tengah hujan lebat gila plus angin kuat gila plus guruh and petir sabung-menyabung. Ewahh. Haa centula ceritanya. So satu rumah takdak letrik. Pastu kami satu family p rumah tok. Duduk situ. Alhamdulillah, dalam perjalanan tu takdak jumpa polis pulak. Kalau tak mau satu family kena tahan polis. Haha.  So sekarang ni cucu2 tok 3 org ni dok rumah tok la. Ibu abah pulak balik rumah.

Ok, kita start dengan cucu pertama iaitu Kokmi. Haa, kokmi ni jenis suka tunjuk apa2 kat tok. Dikain buli semua nak habaq. Sikit2 panggil tok. Suka mengadu. Ish. Saja ja. Pastu dikain yang kena marah dengan tok n wan. Dia memang saja. Mentang2 dah kahwin. Blahlaa. Tapi tu la, kat rumah tok ni semua kokmi la yang jadi chef. Nak mintak apa2 semua kat kokmi. Kokmi layan jaa. Haha. Tu ja yang best. Pastu dia ni pun nampak ja baik, padahal buat perangai jugak. Setakat sekarang ni, report menunjukkan dah 3 cawan tok dia bagi pecah. Cemerkap sangat. Ish la. Pastu tau pun takut.

Next, cucu ketiga iaitu Dikain. Haa dikain ni akay la. Haha, akay ni baik sebenarnya. Tapi tu la, dia jenis pantang tengok kokmi dengan dike ni senang. Sikit2 nak kacau. Biasala, dikain kan lonely. Haha. Takdak sapa nak kacau. Plus perangai dikain yang memang tak reti dok senyap. Suara mesti kuat. Bising sikit. Haha. Haa, pastu akay ni pun rajin masak. Ehh betul ka? Haha. Biasala, dah ada kokmi ni dia jadi malas sikit. Nak berharap kat kokmi ja. Tapi kalau kokmi takdak boleh ja masak. Hehe. Masuk bakul angkat sendiri nampak. Tapi kan, dikain tu memang nak kena tibai la. Sebabnya dia malas sungguh nk study. Ni pun dia dok taip nak update blog. Bukannya study. Ish2, sabar je la. Pastu kan, dikain ni garang sikit. Eh garang banyak. Haha padahal tak garang pun. Dengan kokmi ja garang. Pastu kan, dikain ni yang paling selalu kena marah sebab bising and suka kacau kokmi. Kau tunggu kokmi, nanti aku balas dendam. Hahahhaha (gelak jahat). Api tula, tips untuk tak kena marah adalah mengadu kat tok and acah2 innocent. Haha.

Last, Dike. Haa, ni yang paling geram. Asyik main game ja. Mentang2 baru lepas SPM. Tak dak apa nak buat. Dia tau main game ja. Seb baik la kakak sayang. Dia la yang selalu keluar beli barang2 nak masak and macam2. Haha, jadi ketua keluarga ekk. Hmm, dia ni takdak banyak benda nak cakap. Memang annoying dari dulu. Akay pun teringin nak menang lawan gusti dgn dia. Setakat ni macam nak menang tapi akhirnya dikalahkan oleh dike. Cemuih la. Dia ni adik. Tapi berlagak abang. Suruh kita panggil abang pulak tu. Eww. Tapi takpa, akay redha. Malah suka lagi adala. Haha. Sebab akay boleh jadi adik. Yeayy.

Oklah, penat sudah. Byeeee. Sampai bertemu lagi yaa. Jangan rindu2.




Ni masa terbakar. Tak sempat ambik gambar. Kalut2 masa ni


After hujan lebat

This is me hahaha





MY FIRST WEEK OF MCO/RMO/PKP


Hello everybodehhhh. Eh silap. Assalamualaikum semua. Hihi. Rindu akay tak? Haaa, rindu ler tuu. Sampai ada yg mintak suruh update blog bagai. Haha. Aduyai.

Okay, memandangkan akay dah lama gila terlupa nak bukak blog, lupa nak update, lupa pulak yg akay ni ada blog, so banyak la life event akay yang korang terlepas. Takpalah. Lepaskanlah lepaskan semua~~ (sambung nyanyi sendiri kikiki)

So, sekarang ni musim wabak COVID-19. Haaa apetuu? Ia merupakan satu penyakit pandemic yang terjadi kat mostly seluruh negara. So, kat Malaysia sekarang ni tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) or Movement Control Order (MCO) or Restricted Movement Order (RMO). Nak sebut mana2 pun boleh. Ish, nak kena habaq semua tu ka? Kenalaaa. Nanti lupa pulak. Takpa, hampa layan ja akay ni. Basically, PKP ni start dari 18 Mac 2020. Setakat sekarang ni, kita dalam PKP fasa 3 iaitu PKP yang dilanjutkan sampai 28 April 2020. Awat pulak? Sebab kes yang positif COVID ni menaik and tak turun2. Kita nak flatten the curve, so PKP takleh stop selagi bilangan kes menaik. Ya ka gitu? Haha. And setakat sekarang bilangan kes dah nak dekat 5000. Banyak tak? Manyak ooo. Takpalah, sekarang ni kita dengar ja arahan and duduk rumah. Keep social distancing and pakai mask and hand sanitizer kalau nak keluar gi mana2 pun. Pehe dok?

Haa, cakap pasal duduk rumah ni, Akay sekarang tengah bercuti la kan. Dah duduk rumah, tak duduk UIA. Haha. Cerita pasal duduk rumah ni, hmm boring dak duduk rumah? Ish, mestila boring yang amat. Takleh keluar kot. Sapa ja suka? Tapi ada ja org yang suka? Sapa? Haha adelaaa. Since PKP start, semua sekolah, IPT tempat kerja kena tutup. Semua kena stay at home gitu. Nak dijadikan cerita, Akay memang dah plan nak balik senanye minggu tu. Pastu plan nak ponteng kelas Jumaat tu dgn ward work Sabtu tu. Haha. Tiket pun dah beli awal nak balik Khamis malam tu sebab Jumaat tu Kokmi kahwin. Kokmi kahwin??? What??? Tak tau pun.. Haaa, surpriseeee!!!! Nanti kita buat entri Kokmi kahwin ekk. Skrg nak cerita pasai benda lain dulu. Sabaq sat naaa. Ok, berbalik pada cerita tiket tu. Dahla balik Khamis, tapi PKP start Rabu. Tapi, banyak yang dah balik Selasa tu. Aduyai, akay nak buat apa ni kat mahallah nak tunggu balik Khamis tu. Kalaulah boleh balik awai. Tapi UIA ni slow sikit. Lambat keluarkan notice. Eh, tak baik la kata gitu kat UIA. Hehe.. Hmm, kalau tukar tiket nanti mahai pulak ka. Takpun nanti tiket balik awal dah habis ka. Ish, akay ni memang slow sikit. Pening diri sendiri nak cerita pun. Takpalah, tunggu ja lah sampai Khamis. Tak pernah2 kan? Selalunya akay ni kategori awai gak la bab2 balik ni. Haha. Pastu, seb baik ada Masyi yang temankan kat UIA tu. Dia pon balik Khamis. Hehe. Takdaklah kepishangan sangat. Tapi masyi jadi tutor ajar tuisyen. So akay ni kepishangan jugak. Pastu akay pon bercadang la nak buat delivery service kat UIA. Hantar sapa2 yang nak p TSK. Dapat gak duit kan? Haha. Tengok2, delivery tak leh keluar UIA, boleh hantar sampai maingate, pastu orang tu kena naik Grab dari maingate.

Pastu malam Rabu tu pulak… Eh awat perenggan baru? Haha sebab macam2 cerita malam tu. Sedih sangat memikirkan nasib akay ni. Firstly, dengaq kata yang student cuma boleh keluar sapai pukul 12 tgh mlm ja. What?? Akay is soooooo in shock and sedih. Penat teryak ja malam tu. Pastu, tiba2 abah kata takleh naik bas. Bahaya. Abah tak bagi. Abah bagi kalau naik kereta. Tapi naik kereta pun mesti berteman, takleh sorang2. Sebab dalam bas mesti ada 40+ penumpang. So bahaya, takut ada yang positif covid. Apa lagi, bertambah la tangisan air mata. Ehh haha. Pastu malam tu akay pun buat kerja gila. Haha. Ajak masyi keluar before 12 pastu duduk la rumah sapa2 ka or hotel ka masjid ka apa ka. Tapi, takdak kwn yg boleh tumpangkan kami. Pastu akay pon pm la semua kawan yg akay rasa boleh ajak balik utara. Aku dah tak kisah masa tu. Jate tino ka haha. Tp mlm tu takdak sapa yang boleh balik ngan akay. Hmm, masa tu sedih sangat2 dah. Sampai rasa mcm takpalah, redhalah kena duduk UIA pun. Pastu malam tu kami tak keluar.

Pagi Khamis tu pulak, aku teruskan kehidupan mcm biasa. Sampailah tiba2 ibu call kata boleh balik sorang2 naik kereta. Dah terpaksa. And masa tu jugakla ada banyak pulak org pm nak balik sekali. Alhamdulillah, syukur sangat2. Sampai kereta penuh naik 5 org. Pastu balik la ramai2 pukul 11 pagi gitu. Alhamdulillah, boleh balik. Yeayyyy.. pastu dengar cerita pulak, lepas kereta akay keluar tu, beberapa minit lepastu maingate dah tutup. Student takleh keluar UIA dah. Ya Allah, bersyukur sangat sempat keluar. Haa, macam mana pulak dgn masyi? Haa, adalah cara dia keluar. Haha.

Uish, penat gak taip. Lenguh tangan dah ni. Byeeee. Muah semua hihi.

Ps: korang ingat nak cerita benda ilmiah mcm covid ka? Haha, dalam mimpi la. Hihi.

#kitajagakita
#stayathome







 Ticket yang dah burn