Akay sedih dengan diri sendiri sekarang ni. Sebab apa? First, Akay dah lama gila tak update blog ni. Second, Akay dah habis sekolah. Ermm, sedihkan? Korang tak dapat tau apa yang Akay buat sampai sekarang. Tup tup, dah tamat form five. Takpa, Akay cadangnya nak cerita semuanya satu persatu. Insya Allah, tapi tak semua la. Takkan yang privacy pon Akay nak jaja cerita dekat orang lain. Erkk? Orang lain? Ye la, dah Akay pon tak kenal semua orang. Hehe. Jangan marah. Sebab Akay ni kan pemalu orangnya.
Ok, last Akay kata merentas desa masa form four kan? Haha, sori, dua tahun Akay tinggal korang semua. Mesti dah mereput kan tunggu Akay nak update blog ni? Huhuhu…
Takpe la, Akay cerita dari sekarang sampai ke belakang pulak. Sebab yang paling ingat ni yang sekarang punya. Tau taka pa yang latest event happened in my life? Haha. Banyak video Akay dapat dok cerita pasal Result SPM is Coming jerr.. Alhamdulillah, Akay dapat okay la dalam SPM ni. Bila fikir balik, macam tak percaya ja yang Akay dapat macamtu. Bukan apa, Akay ni kategori pelajar yang malas. Tapi, selalunya malas kat rumah ja. Kalau kat sekolah tu Akay memang rajin. Haha. Kat rumah tu, Akay kerja tidoq ja. Biasalah kan, habis sekolah dah lewat petang. Kalau takdak kelas malam, memang Akay tidoq awal. Kalau ada, of course la Akay pergi sekolah kan? Sebab apa? Entahla, ibu Akay sendiri yang kata, Akay kerja tidoq ja. Tapi, selalunya Akay bangun awal pagi untuk buat homework. Hahahaha… Lawak kan? Faza bangun pagi untuk buat revision, tapi Akay buat homework. Bukan nak kata, tapi memang banyak gila homework cikgu bagi. Tapi, sebenarnya Akay suka homework tu. Sebab kalau takdak homework, jangan haraplah Akay nak study.
Sebelum ambil result. Dalam kereta ni. Kunci takleh cabut. Rupanya tak free gear. Hahaha.. Nervous sangat la tu. Dahla pagi tu bagi patah pengepit rambut. Heheh..
Ok, Akay dapat 9[A+] 1[A] 1[A-]. Alhamdulillah, banyak kata
Akay pandai. Tapi, rezeki Allah nak bagi. Akay tak mengaku pun yang Akay
pandai. Siriesly. Tapi, Akay ni jenis yang bolehla ingat apa yang cikgu kata
walaupun tak semua. Tapi, bila fikir balik, semua ni berkat daripada Allah.
Akay ni tak rajin sangat study. Masa kat sekolah, banyak kawan2 yang tahan Akay
dengan Nurun sebab nak tanya soalan AddMath. Akay ni tak ikhlas jawab soalan
depa. Tapi, depan orang takkan nak tunjuk kan? Kawan2 Akay yang lain banyak
yang dah boleh buat banyak soalan. Tinggal kami dua ja. Kami macam merungut
jugakla. Tapi, siapa tau, denagn bantuan kami tu la yang banyak membantu kami
masa jawab exam. Alhamdulillah. Akay pun nak minta maaf kalau kasar ajar korang
semua. Kalau Akay macam tak layan ja. Sorry. Biane.
Keputusan SPM Akay :
1.
Bahasa Melayu, A+
2.
Bahasa Inggeris, A
3.
Bahasa Arab, A+
4.
Sejarah, A+
5.
Mathematics, A+
6.
Additional Mathematics, A+
7.
Biology, A+
8.
Chemistry, A+
9.
Physics, A-
10.
Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, A+
11.
Pendidikan Syariah Islamiyah, A+
Thanks ibu..
Akay and friends...
Faza, CekPah, Cg Aini (Kimia), Cg Nik (Biologi), Akay, Hidayati, Cg Mazuha..
Thanks cg..
Thanks adik2 Badar 4SK.. Lebiu..
Sebenarnya, banyak benda yang Akay nak kongsi dengan korang
semua. Macam2 pengalaman. Kawan2 selalu kata depa tak suka cikgu buat kelas
sampai ada yang ponteng. Tapi, Akay sangatlah suka kalau cikgu buat kelas.
Dalam group EX GPS PERLIS 2016, ada kawan2 yang tanya rahsia
Akay belajar. Takdak rahsia pon sebenarnya. Tapi, Izziatie kata Akay ni baik
dengan semua orang. Alhamdulillah, mungkin betul kot. Tapi, Akay baik dengan
orang yang Akay kenal ja. Yang Akay tak kenal tu, Akay macam senyum2 gitu ja.
Alhamdulillah, mungkin kawan2 semua suka kat Akay, doakan la Akay dapat
teruskan sikap yang baik macamtu. Tpi, satu ja sikap Akay yang Akay rasa tak
elok dan korang semua tak boleh ikut. Apa? Sikap malas. Betul kan? Akay sendiri
mengaku yang Akay ni malas. Masa form three ibu Akay kata, Akay ni rajin. Hmm,
kena muhasabah diri la kalau gitu. Akay dah tak boleh malas2 dah sekarang.
Dahla nanti nak masuk university, pastu nak kahwin. Heshh, jauhnya fikir.
Memangla, Akay tak tau lagi dapat ke tak masuk university, tapi doakan la.
Akay cadang nak ambil course medicine. Insya Allah, kat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Siries Akay cakap, Akay tak pernah
berkenan nak masuk uia. Sebab dari Akay form one, semua kakak smkap nak masuk
uia. Sebab tu Akay tak pernah terlintas di hati ni nak ambil uia. Tapi, mungkin
kat uia ni ada asasi perubatan. So, bila ambil asasi perubatan, memang dah ada
channel untuk ambil degree for medic. Doakan Akay dapat jadi doctor tau.
Sebenarnya, sejak form two Akay nak jadi pakar sakit puan. Nak jadi oang putih
sikit, gynaecologist orang kata. Hahaha.. Doakan Akay tau. Maknanya Akay kena
sambung master. Insya Allah, harap2 dapatla jadi doctor pakar. Sebab kat
Malaysia ni, doctor pakar kurang. Yang penting, kesian kat ibu2 yang nak
beranak tu, semua doctor lelaki. Mestila malu kan? Insya Allah, cepat2la
booking Doktor Akay ni. Kekeke…
Ok, sambung balik yang SPM tu. Alhamdulilah, Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar dapa ranking ke-20 bagi SMKA
seluruh Malaysia. Takpala, 20 pon okay jugak kan? Walaupon Johor number satu.
Hahaha. Dalam sekolah Akay pulak, Akay ranking ke-3 dalam SPM. Okay la jugak
kan? Akay jadi top 3. Heheh… Best student perlis ialah Ummi Hajidah binti Mohd
Asri. Kawan Akay tu. Bangga. Hehehe..
Senarai nama pelajar cemerlang SMKAPAK SPM 2015 :
1.
Ummi Hajidah, 5 Sumaiyah, 11A+ 1A
2.
Nur Faza Zinnirah, 5 Sumaiyah, 9A+ 2A
3.
Ain Khaleda, 5 Sumaiyah, 9A+ 1A 1A-
4.
Nurun A’tirah, 5 Sumaiyah, 8A+ 3A
5.
Nurussakinah, 5 Sumaiyah, 7A+ 3A 1A-
6.
Nur Hidayati, 5 Sumaiyah, 6A+ 4A 1A-
7.
Fatin Farhana, 5 Zainab, 5A+ 5A 1A-
8.
Siti Nurul A’qilah, 5 Sumiyah, 4A+ 5A 2A-
9.
Sahira Syamimi, 5 Siti Fatimah, 4A+ 3A 4A-
10.
Nurnadzifa, 5 Zainab, 2A+ 5A 3A-
Alhamdulillah.. Heheh.. Ummi tu 12 subjek sebab dia ambil
Pendidikan Seni. Yang lain 11 subjek. Nadzifa 10 subjek sebab dia drop subjek
AddMath. Haha. Apa? Cari nama Akay? Hesh, nama Akay ialah Ain Khaleda lahh…
Habis dah, Akay tak ingat yang lain sebab banyak sangat. Akay ingat yang tu ja.
Sori laa..
Now, Akay nak cerita pasal pengalaman semasa SPM. Teringat
balik, malam sebelum AddMath, Akay minum kopi. Malam tu tak boleh tidur. Ermm,
sedih gila. Akay lupa pulak yang kopi tu tak baik minum malam2. Biasalah kan,
Akay minum tu saja2 ja. Pagi esok tu, Abah Akay bawak pergi 7Eleven sebab nak
belik susu kotak. Heheh.. Sayang Abah. Lepas AddMath paper 1, Akay pening
kepala. Pastu, Akay tidur. Tak boleh tidur, Akay paksa jugak suruh tidur. Ermm,
bolehla tidur sekejap ja. Akay bersyukur, walaupun Akay tidur sedangkan kawan2
yang lain dok asyik buat revision, latihan, Akay dapat elok jugak untuk AddMath.
Alhamdulillah.Dahla siap dok sembang dengan Izyan dan Aina. Hahah.. Ermm,
macam2 lagi la. Akay dok syok dekat ketua pengawas peperiksaan Akay tu. Tup2,
dia saudara Akay jugak. Hahaha. Akay pergi kenduri kahwin dia. Ermm, melepaslah
pulak. Heh..
Ps : Akay ni memang terus terang kat dalam blog ni. So,
jangan marah tau kalau Akay dok mengata korang.
Ps too : Sebenarnya dah lama taip ni, tapi baru nak upload
dlm blog. Hehe..
No comments:
Post a Comment