Assalamualaikum....
Pada 16.11.2013 hingga 18.11.2013 ysng lslu, Akay n friends n teachers pergi ke Thailand.... Wat pa kat Thailand?? Tu pown nak tanya ke?? Jalan2 la.... Or bersiar-siar... Haishh.... Bikin kita marah jerk.... Hehe..... Ni copy paste from laporan yg Akay kena wat taw... Sebab tu yg ayat 'saya' n 'kami' tu... Jgn terasa ek??(Ek eleh... sapa yg nk terasa?? Perahsantan btoll)
Sabtu
16 November 2013
8.20 pagi
Para pelajar dan guru berkumpul di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar. Kami bertolak dengan menaiki bas
yang disewa daripada Syarikat Suria Indah Holiday. Terdapat tiga buah bas yang
disewa. Bas yang saya naiki ialah Bas 1. Pemandu Bas 1 bernama Wak manakala
pemandu pelancong bagi Bas 1 ialah Kak
Ku Anis. Pada jam 8.55 pagi, bas berhenti di CTC untuk menukar mata wang
Malaysia kepada mata wang Thailand serta membeli air mineral. Setelah itu, kami
meneruskan perjalanan untuk mengecop border pass dan passport di sempadan
imigresen Bukit Kayu Hitam, Malaysia dan Thailand. Keadaan kenderaan yang
banyak menyebabkan jalan sesak. Jadi, kami terpaksa menunggu dengan lebih lama.
11.15 pagi
Kami meneruskan perjalanan selepas mengecop
border pass dan passport di Thailand. Setiap bas akan disediakan seorang
pemandu pelancong dari Thailand pula. Pemandu pelancong bagi Bas 1 ialah En.
Abdul Kodet. En. Abdul Kodet memberi penerangan ringkas tentang perjalanan kami
sepanjang 3 hari 2 malam di Thailand.
En. Abdul Kodet yg memberi penerangan...
12.30 tengah hari
Bas berhenti untuk makan di gerai - gerai yang
terdapat di tepi jalan dan menunaikan solat di Masjid Darul Huda. Disebabkan
kami tidak memahami bahasa Thailand, kami menggunakan tandas lelaki dan
perempuan. Pada jam 1.50 petang, kami meneruskan perjalanan. Kami dapat melihat
bangunan Central Festival yang masih dalam pembinaan.
Solat di Masjid Darul Huda
2.15 petang
Bas berhenti di Nora Plaza, Songkhla untuk
membeli belah. Setiap pelajar dan guru diberikan kad diskaun sebanyak 20%
seorang. Apabila keluar dari bas, kami agak terkejut kerana terdapat beberapa
orang yang mengambil gambar kami. Rupa - rupanya, gambar - gambar tersebut akan
dijual kepada kami juga nanti.Terdapat banyak barang yang dijual di Nora Plaza.
Antaranya ialah gelang, cincin, rantai, beg duit, key chain, kasut, kerongsang,
topi, baju, beg, teddy bear dan banyak lagi.
3.15 petang
Kami membeli belah di Ranu Kohyo. Setiap
pelajar dan guru diberikan pelekat seorang supaya dapat masuk ke dalam Ranu
Kohyo. Di sana, terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dijual.
4.55 petang
Kami tiba di Samila Beach untuk bersiar - siar.
Terdapat sejarah yang mengatakan bahawa terdapat seorang nelayan yang terjumpa ikan
duyung yang sedang menyikat rambut di Samila Beach tetapi nelayan tersebut
ketakutan melihatnya dan menyebabkan ikan duyung tersebut menghilang tiba -
tiba dengan masuk ke dalam air . Nelayan tersebut menunggu ikan duyung tersebut
untuk muncul semula tetapi ikan duyung itu tidak muncul. Kami sempat mengambil
gambar dengan arca ikan duyung yang bernama The Golden Mermaid yang terdapat di
tepi pantai. Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda di mana kami perlu
membayar untuk menunggang kuda di Samila Beach. Terdapat juga beberapa gerai
yang menjual key chain dan makanan di Samila Beach.
Samila Beach...
Akay n friends...
Subhanallah.... Cantiknya pemandangan...
Kalau nampak, bacalah sejarah tentang ikan duyung tu... Hehe....
Me n Faza.... Tak tau pon apa maknanya tu.... Yg kat belakang kami tu...
5.30 petang
Kami meneruskan perjalanan ke Floating Market
dan tiba pada jam 6.30 petang. Terdapat dua bahagian menjual makanan iaitu
makanan halal dan makanan tidak halal. Kami makan malam di Floating Market dan
membeli barang serta key chain.
Penjual2 makanan n minuman....
Ramainyerr manusia....
My kue tiau n orange....
8.00 malam
Kami meneruskan perjalanan untuk check in di
hotel. Kami tiba di Haadyai Ambassador Hotel pada jam 8.30 malam. Seterusnya,
kami diberi kunci bilik dan setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Malam
itu, ada pelajar yang berehat dan ada pula yang berlatih untuk persembahan pada
esok hari.
Ahad
17 November 2013
7.30 pagi
Para pelajar dan guru menaiki bak untuk
bersarapan dahulu di restoran. Seterusnya, kami bertolak pada jam 8.40 pagi
untuk ke Prince of Songkhla University (PSU). Kami tiba di PSU pada jam 10.40
pagi. Memandangkan hari Ahad merupakan hari cuti bagi pelajar Thailand, kami
tidak nampak banyak pelajar PSU.
Seterusnya, kami mendengar taklimat tentang pengajian Islam di Dewan Imam Al -Ghazali,
Prince of Songkhla University. Taklimat diberikan oleh En. Asim As-Syarif yang
merupakan bekas pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan
Pengajian Arab dan Tamadun Islam. PSU merupakan satu - satunya kolej Islam yang
dibiayai oleh kerajaan Thailand. Jurusan ini terletak di bawah bahagian agama
yang merangkumi agama Islam, agama Buddha dan agama - agama lain. Para pelajar
di PSU diambil dari pelbagai negara seperti Thailand sendiri, Kampuchea, Afrika
dan negara - negara lain. Para pensyarah juga diimport dari pelbagai negara
seperti Australia. Di PSU, bahasa Arab digunakan sebanyak 75% manakala 25% lagi
ialah bahasa Inggeris. Bahasa Thailand pula digunakan untuk pelancong asing.
Para pelajar di PSU mendapat biasiswa sepenuhnya daripada pihak Prince of Songkhla
University. Pengarah PSU ialah Dr. Yusuf Khalid.
Prince of Songkhla University....
Dewan Imam al-Ghazali....
Cam meeting la plak....
11.30 pagi
Kami bertolak ke Madrasah Ar-Rahmaniah. Sebelum
itu, kami singgah sebentar di Masjid Jamek Pattani dan Masjid Krue Se atau
dikenali sebagai Masjid Sultan Mudhaffar Shah untuk mengambil gambar. Masjid
Krue Se dikatakan mempunyai sejarah yang tersendiri di mana bahagian luar
masjid tidak sempat disiapkan tetapi bahagian boleh digunakan untuk bersolat.
Masjid Jamek Pattani...
Cantiknya.... Me or masjid? Hehe.... Masjidlahh.... Subhanallah....
Ramainya umat... Kawan2 Akay lah tu..
Masjid Sultan Mudhaffar Shah or Masjid Krue Se....
Depan masjid..
Background of Masjid Sultan Mudhaffar Shah...
12.40 tengah hari
Kami tiba di Madrasah Ar-Rahmaniah atau Bamrong
Islamic School. Madrasah ini merupakan madrasah terbaik di Pattani serta pernah
mendapat anugerah daripada kerajaan Thailand. Madrasah ini mempunyai seramai
dua ribu lebih pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah serta sekolah
menengah.Kami melawat sekitar kawasan sekolah rendah di Madrasah Ar-Rahmaniah.
Seterusnya, terdapat majlis bagi menyambut kedatangan kami. Majlis ini
dimulakan dengan persembahan bacaan al-Quran daripada Norlia binti Haji
Abdullah, pelajar Madrasah Ar-Rahmaniah. Seterusnya, terdapat ucapan daripada
wakil pelajar Madrasah Ar-Rahmaniah iaitu Nurul Izzah binti Ismail. Kemudian,
terdapat persembahan nasyid daripada pelajar madrasah ini dan persembahan
daripada ketua pelajar perempuan Madrasah Ar-Rahmaniah.Seterusnya, terdapat
persembahan daripada pelajar SMKA(P). Antaranya ialah persembahan hiwar bahasa
Arab oleh Ain Khaleda binti Ahmad Yatim, Nur Faza Zinnirah binti Fadzil dan
Salsabila binti Abdullah. Seterusnya ialah persembahan choral speaking bahasa
Inggeris daripada pelajar SMKA(P). Kemudian, terdapat ucapan daripada pengetua
atau mudir Madrasah Ar-Rahmaniah, En. Shamsudin bin Haji Abdul Rahman. Selepas
itu, terdapat ucapan daripada wakil pentadbir SMKA(P), Ustaz Idris bin Ahmad.
Setelah tamat majlis, kami dijemput makan tengah hari dan menderma kepada
tabung Madrasah Ar-Rahmaniah.
Kanak2 di Madrasah Ar-Rahmaniah....
Tengah tidur.....
Belajar... Rajin.... Bagus, cam ni lah...
Dan lagi main football...
Me n them... Heheh....
Welcome to Bamrong Islam Library....
Selamat Datang SMKA(P) Alawiyah Kangar
Smile..
Tengok cam...
3.20 petang
Kami menyambung perjalanan ke Yala Islamic
University (YIU) atau Universiti Fatani. Jarak antara Madrasah Ar-Rahmaniah
dengan YIU adalah kira - kira 30 kilometer. Pada jam 3 .55 petang, kami tiba di
YIU. Kami dijemput untuk mendengar taklimat tentang YIU di Bangunan Fakulti
Pendidikan. YIU merupakan satu - satunya universiti di Thailand yang semua
hartanya merupakan harta waqaf. Para pelajar di YIU pula berasal dari China,
Cambodia, Afrika, Thailand sendiri dan negara - negara lain. Setelah mendengar
ucapan daripada Dekan YIU, kami mendengar pula ucapan daripada Ustaz Idris bin
Ahmad, wakil pentadbir SMKA(P). Setelah tamat, kami menunaikan solat jamak
ta’khir di masjid di YIU pada jam 5.40 petang dan menyambung perjalanan pulang
ke hotel pada jam 6.15 petang. Pada jam 8.00 malam, kami berhenti untuk makan
malam dan meneruskan perjalanan pada jam 8.50 malam. Kami tiba di Haadyai
Ambassador Hotel pada jam 10.00 malam.
Baru je sampai...
Bangunan Fakulti Pendidikan....
Erkk.... SMKA(P) Alawiyah lah....
Khusyuknya dengaq....
So sweet... (Sweetlah sangat..)
Isnin
18 November 2013
8.30 pagi
Kami berkumpul di lobi hotel untuk menaiki tuk
tuk atau jeep ke Hatyai Market. Bayaran untuk seorang adalah sebanyak 20 baht.
Kami diberi masa sehingga jam 12.00 tengah hari untuk membeli belah. Barang -
barang yang dijual di Hatyai Market ialah beg, kasut, pakaian, barangan
perhiasan, makanan, parmainan, jam dan banyak lagi.Kami bersarapan dan makan
tengah hari di tingkat tiga Hatyai Market yang menyediakan pelbagai jenis
juadah makanan. Selesai membeli belah, kami menaiki tuk tuk untuk pulang ke
hotel dan mengemas barang. Kami berehat dan solat di dalam bilik.
Tengok je.. Tak beli pon yg nie..
Sambil2 tu dok teman Husna beli...
Tunggu Faza n Sharifah, lambat la depa nie.....
Depan Hatyai Market...
2.00 petang
Kami check out daripada Haadyai Ambassador
Hotel dan menaiki bas untuk pulang ke Malaysia. Kami tiba di SMKA(P) Alawiyah
pada jam 5.20 petang.
Okey.... Bubye....
Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment