Wednesday, 20 November 2013

LAWATAN KE THAILAND 2013

Ehem2...
Assalamualaikum....
Pada 16.11.2013 hingga 18.11.2013 ysng lslu, Akay n friends n teachers pergi ke Thailand.... Wat pa kat Thailand?? Tu pown nak tanya ke?? Jalan2 la.... Or bersiar-siar... Haishh.... Bikin kita marah jerk.... Hehe..... Ni copy paste from laporan yg Akay kena wat taw... Sebab tu yg ayat 'saya' n 'kami' tu... Jgn terasa ek??(Ek eleh... sapa yg nk terasa?? Perahsantan btoll)


Sabtu
16 November 2013

8.20 pagi
Para pelajar dan guru berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar. Kami bertolak dengan menaiki bas yang disewa daripada Syarikat Suria Indah Holiday. Terdapat tiga buah bas yang disewa. Bas yang saya naiki ialah Bas 1. Pemandu Bas 1 bernama Wak manakala pemandu pelancong bagi Bas 1 ialah  Kak Ku Anis. Pada jam 8.55 pagi, bas berhenti di CTC untuk menukar mata wang Malaysia kepada mata wang Thailand serta membeli air mineral. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan untuk mengecop border pass dan passport di sempadan imigresen Bukit Kayu Hitam, Malaysia dan Thailand. Keadaan kenderaan yang banyak menyebabkan jalan sesak. Jadi, kami terpaksa menunggu dengan lebih lama.

11.15 pagi
Kami meneruskan perjalanan selepas mengecop border pass dan passport di Thailand. Setiap bas akan disediakan seorang pemandu pelancong dari Thailand pula. Pemandu pelancong bagi Bas 1 ialah En. Abdul Kodet. En. Abdul Kodet memberi penerangan ringkas tentang perjalanan kami sepanjang 3 hari 2 malam di Thailand.


En. Abdul Kodet yg memberi penerangan...


12.30 tengah hari
Bas berhenti untuk makan di gerai - gerai yang terdapat di tepi jalan dan menunaikan solat di Masjid Darul Huda. Disebabkan kami tidak memahami bahasa Thailand, kami menggunakan tandas lelaki dan perempuan. Pada jam 1.50 petang, kami meneruskan perjalanan. Kami dapat melihat bangunan Central Festival yang masih dalam pembinaan.


Solat di Masjid Darul Huda
2.15 petang
Bas berhenti di Nora Plaza, Songkhla untuk membeli belah. Setiap pelajar dan guru diberikan kad diskaun sebanyak 20% seorang. Apabila keluar dari bas, kami agak terkejut kerana terdapat beberapa orang yang mengambil gambar kami. Rupa - rupanya, gambar - gambar tersebut akan dijual kepada kami juga nanti.Terdapat banyak barang yang dijual di Nora Plaza. Antaranya ialah gelang, cincin, rantai, beg duit, key chain, kasut, kerongsang, topi, baju, beg, teddy bear dan banyak lagi.

3.15 petang
Kami membeli belah di Ranu Kohyo. Setiap pelajar dan guru diberikan pelekat seorang supaya dapat masuk ke dalam Ranu Kohyo. Di sana, terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dijual.

4.55 petang
Kami tiba di Samila Beach untuk bersiar - siar. Terdapat sejarah yang mengatakan bahawa terdapat seorang nelayan yang terjumpa ikan duyung yang sedang menyikat rambut di Samila Beach tetapi nelayan tersebut ketakutan melihatnya dan menyebabkan ikan duyung tersebut menghilang tiba - tiba dengan masuk ke dalam air . Nelayan tersebut menunggu ikan duyung tersebut untuk muncul semula tetapi ikan duyung itu tidak muncul. Kami sempat mengambil gambar dengan arca ikan duyung yang bernama The Golden Mermaid yang terdapat di tepi pantai. Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda di mana kami perlu membayar untuk menunggang kuda di Samila Beach. Terdapat juga beberapa gerai yang menjual key chain dan makanan di Samila Beach.


Samila Beach...


Akay n friends...


Subhanallah.... Cantiknya pemandangan...


Kalau nampak, bacalah sejarah tentang ikan duyung tu... Hehe....


Me n Faza.... Tak tau pon apa maknanya tu.... Yg kat belakang kami tu...



5.30 petang
Kami meneruskan perjalanan ke Floating Market dan tiba pada jam 6.30 petang. Terdapat dua bahagian menjual makanan iaitu makanan halal dan makanan tidak halal. Kami makan malam di Floating Market dan membeli barang serta key chain.


Penjual2 makanan n minuman....


Ramainyerr manusia....


My kue tiau n orange....


8.00 malam
Kami meneruskan perjalanan untuk check in di hotel. Kami tiba di Haadyai Ambassador Hotel pada jam 8.30 malam. Seterusnya, kami diberi kunci bilik dan setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Malam itu, ada pelajar yang berehat dan ada pula yang berlatih untuk persembahan pada esok hari.


Ahad
17 November 2013

7.30 pagi
Para pelajar dan guru menaiki bak untuk bersarapan dahulu di restoran. Seterusnya, kami bertolak pada jam 8.40 pagi untuk ke Prince of Songkhla University (PSU). Kami tiba di PSU pada jam 10.40 pagi. Memandangkan hari Ahad merupakan hari cuti bagi pelajar Thailand, kami tidak nampak banyak pelajar  PSU. Seterusnya, kami mendengar taklimat tentang pengajian Islam di Dewan Imam Al -Ghazali, Prince of Songkhla University. Taklimat diberikan oleh En. Asim As-Syarif yang merupakan bekas pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. PSU merupakan satu - satunya kolej Islam yang dibiayai oleh kerajaan Thailand. Jurusan ini terletak di bawah bahagian agama yang merangkumi agama Islam, agama Buddha dan agama - agama lain. Para pelajar di PSU diambil dari pelbagai negara seperti Thailand sendiri, Kampuchea, Afrika dan negara - negara lain. Para pensyarah juga diimport dari pelbagai negara seperti Australia. Di PSU, bahasa Arab digunakan sebanyak 75% manakala 25% lagi ialah bahasa Inggeris. Bahasa Thailand pula digunakan untuk pelancong asing. Para pelajar di PSU mendapat biasiswa sepenuhnya daripada pihak Prince of Songkhla University. Pengarah PSU ialah Dr. Yusuf Khalid.


Prince of Songkhla University....


Dewan Imam al-Ghazali....


Cam meeting la plak....


11.30 pagi
Kami bertolak ke Madrasah Ar-Rahmaniah. Sebelum itu, kami singgah sebentar di Masjid Jamek Pattani dan Masjid Krue Se atau dikenali sebagai Masjid Sultan Mudhaffar Shah untuk mengambil gambar. Masjid Krue Se dikatakan mempunyai sejarah yang tersendiri di mana bahagian luar masjid tidak sempat disiapkan tetapi bahagian boleh digunakan untuk bersolat.


Masjid Jamek Pattani...


Cantiknya.... Me or masjid? Hehe.... Masjidlahh.... Subhanallah....


Ramainya umat... Kawan2 Akay lah tu..


Masjid Sultan Mudhaffar Shah or Masjid Krue Se....



Depan masjid..


Background of Masjid Sultan Mudhaffar Shah...


12.40 tengah hari
Kami tiba di Madrasah Ar-Rahmaniah atau Bamrong Islamic School. Madrasah ini merupakan madrasah terbaik di Pattani serta pernah mendapat anugerah daripada kerajaan Thailand. Madrasah ini mempunyai seramai dua ribu lebih pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah serta sekolah menengah.Kami melawat sekitar kawasan sekolah rendah di Madrasah Ar-Rahmaniah. Seterusnya, terdapat majlis bagi menyambut kedatangan kami. Majlis ini dimulakan dengan persembahan bacaan al-Quran daripada Norlia binti Haji Abdullah, pelajar Madrasah Ar-Rahmaniah. Seterusnya, terdapat ucapan daripada wakil pelajar Madrasah Ar-Rahmaniah iaitu Nurul Izzah binti Ismail. Kemudian, terdapat persembahan nasyid daripada pelajar madrasah ini dan persembahan daripada ketua pelajar perempuan Madrasah Ar-Rahmaniah.Seterusnya, terdapat persembahan daripada pelajar SMKA(P). Antaranya ialah persembahan hiwar bahasa Arab oleh Ain Khaleda binti Ahmad Yatim, Nur Faza Zinnirah binti Fadzil dan Salsabila binti Abdullah. Seterusnya ialah persembahan choral speaking bahasa Inggeris daripada pelajar SMKA(P). Kemudian, terdapat ucapan daripada pengetua atau mudir Madrasah Ar-Rahmaniah, En. Shamsudin bin Haji Abdul Rahman. Selepas itu, terdapat ucapan daripada wakil pentadbir SMKA(P), Ustaz Idris bin Ahmad. Setelah tamat majlis, kami dijemput makan tengah hari dan menderma kepada tabung Madrasah Ar-Rahmaniah.


Kanak2 di Madrasah Ar-Rahmaniah....


Tengah tidur.....


Belajar... Rajin.... Bagus, cam ni lah...


Dan lagi main football...


Me n them... Heheh....


Welcome to Bamrong Islam Library....


Selamat Datang SMKA(P) Alawiyah Kangar


Smile..


Tengok cam...

3.20 petang
Kami menyambung perjalanan ke Yala Islamic University (YIU) atau Universiti Fatani. Jarak antara Madrasah Ar-Rahmaniah dengan YIU adalah kira - kira 30 kilometer. Pada jam 3 .55 petang, kami tiba di YIU. Kami dijemput untuk mendengar taklimat tentang YIU di Bangunan Fakulti Pendidikan. YIU merupakan satu - satunya universiti di Thailand yang semua hartanya merupakan harta waqaf. Para pelajar di YIU pula berasal dari China, Cambodia, Afrika, Thailand sendiri dan negara - negara lain. Setelah mendengar ucapan daripada Dekan YIU, kami mendengar pula ucapan daripada Ustaz Idris bin Ahmad, wakil pentadbir SMKA(P). Setelah tamat, kami menunaikan solat jamak ta’khir di masjid di YIU pada jam 5.40 petang dan menyambung perjalanan pulang ke hotel pada jam 6.15 petang. Pada jam 8.00 malam, kami berhenti untuk makan malam dan meneruskan perjalanan pada jam 8.50 malam. Kami tiba di Haadyai Ambassador Hotel pada jam 10.00 malam.


Baru je sampai...


Bangunan Fakulti Pendidikan....


Erkk.... SMKA(P) Alawiyah lah....


Khusyuknya dengaq....


So sweet... (Sweetlah sangat..)



Isnin
18 November 2013

8.30 pagi
Kami berkumpul di lobi hotel untuk menaiki tuk tuk atau jeep ke Hatyai Market. Bayaran untuk seorang adalah sebanyak 20 baht. Kami diberi masa sehingga jam 12.00 tengah hari untuk membeli belah. Barang - barang yang dijual di Hatyai Market ialah beg, kasut, pakaian, barangan perhiasan, makanan, parmainan, jam dan banyak lagi.Kami bersarapan dan makan tengah hari di tingkat tiga Hatyai Market yang menyediakan pelbagai jenis juadah makanan. Selesai membeli belah, kami menaiki tuk tuk untuk pulang ke hotel dan mengemas barang. Kami berehat dan solat di dalam bilik.


Tengok je.. Tak beli pon yg nie..


Sambil2 tu dok teman Husna beli...


Tunggu Faza n Sharifah, lambat la depa nie.....


Depan Hatyai Market...

2.00 petang

Kami check out daripada Haadyai Ambassador Hotel dan menaiki bas untuk pulang ke Malaysia. Kami tiba di SMKA(P) Alawiyah pada jam 5.20 petang.

Okey.... Bubye....
Assalamualaikum....

Wednesday, 13 November 2013

Jamuan Kelas 3 Sumaiyah '13

Assalamualaikum...
Entry nie Akay nk citer pasal jamuan kelas Akay pada 11.11.13 yg lalu... Best sangat, tp Ustazah Azizah merangkap guru kelas Akay x leh hadir sbb x berapa sihat... Tapi alhamdulillah, sbb majlis berjalan lancar walaupun kami yg handle sendiri... Kami wat game Musical Chair, Bang Bang Boom... Hmmm, yg tu je lahh....

Hasil seni kawan2 Akay..


Happy birthday 3 Sumaiyah...


We are happy family of 3 Sumaiyah..


Alolo.. Sweetnyerr...


Main Musical Chair...


Amboi.. Seriusnyerrr...


Kenangan terindah...



Oh our BM teacher...


I am a maid???


Siap posing lagi...


Erkkk..... Tak dan nak pebaik tudung ke??


Aummm.... Harimau mengaum...


Akay n her mug...

Ok... Bye...
Assalamualaikum...