Sunday, 29 December 2013

Perjumpaan Pengawas untuk sesi 2014

Assalamualaikum....
Pagi tadi, Akay ada perjumpaan pengawas kat skol Akay.. Perjumpaan start pukul 8.30 tapi mula kul 9 pagi... Sebab apa? Sbb cg awalkan.. Kalau tak kul 10 tapi cg ada hal... Ada yg tak tau la, apala....Sakit perutla.... Tapi, tadi sikit je benda yg nak bincang... Tak banyak pun...

Okehh.... Bye..
Assalamualaikum....

Thursday, 26 December 2013

Cuti Akhir Tahun versi 2013

Hye...... Assalamualaikum...
Lama kita x citer2, x jumpa, x sembang2.. Rindunya!! Sbb pa? Sebab cuti nie x pi jalan2 mana pon lagi.. Ni pon baru lepas dapat result n pi jalan2... Apa?? Tanya plak result pa? PMR lahh sayang oii!! Apa lagi?? Takkan SPM lak?! Heheh.... Sori la kalau terkasar bahasa sikit... Termarah.. Hehe...Jangan sedih..

Kat sini ni bukan kita nk marah ke apa ke... Nak have fun n baca la sikit2 tu kisah hidup Akay.... Ehem... Baca kisah hidup? Hek elehh... Bukannya apa.. Sharing is caring.. but NOT everything.. Memangla... Dah kata nk baca sikit2, bukannya banyak ke semua ke.... Huhuhu.....

Baik!! Jangan nk buang masa lagi berceloteh je panjang2 tapi haprak!! Kita go to our topic.... Akay n family pi Simpang Pulai, Perak utk bermalam masa hari Jumaat yg lalu... Sebenarnya kami ni ada kenduri kat Johor hari Ahad tu.... 22/12/2013... Tp, biasalahh.... Makin lama org pun makin tak larat.. Makin tua, jadi letihla sikit.. Bermalamlah kami di Simpang Pulai tu... Tapi, ada kejadian pelik yg jadi masa kami kat situ... Malam tu, masa azan Maghrib kat tv, dan2 terdengarlah bunyi anjing dok menyalak.. Pelik tak? Dahlah bunyi pun pelik sikit.. Bunyi dia macam meleret sikit.. Tak macam bunyi anjing menyalak yg biasa... Tulah.... Apa pengajarannya?? Ni yg kita perlu ambik tahu.... Allah nak tunjuk la kat kita yg masa Maghrib jangan dok main kat luar rumah.. Masuk rumah tutup semua tingkap n pintu... Sebab masa nilah syaitan dok berkeliaran..... Sekian.... Hehe.. Tazkirah ringkas sikit...


Our lovely scary house at Simpang Pulai... Nk balik dah nie..


Pintu rumah kmi....


Cantik kan kat tepi rumah nie??


Pastu 21/12 plak kami bertolak ke Melaka.....
Malamnya shopping kat Parkson.... Okeylahh.... Best... Banyak barang murah.... Diskaunnya power!! Aduh, terover plak puji-pujian ini...


Homestay kat Melaka...

Abis kenduri, 23/12 kami pi Genting Highlands tapi x tido kat sana pon.... Tido kat Gombak..


Makan KFC kat Genting Highlands..


Untuk budax2 jerr...


Paris?? Genting jerr...


Syoknya depa main.. KIta x lah dah sbb da besar...


Ni yg best.... Euro Express....


Tak naik pon...


Macam comey je... Hehe...


Ahh... Tercapai sudah cita-citaku... Adik Akay la, teringin sangat nk main...


Hotel First World.. Amik gambar je...

Esoknya plak, 24/12, kami pi Telok Senangin.... Best... Malam tu kami pi shopping kat Aeon dan Tesco... Aeon barang agak mahal, jd kami pi la Tesco Manjung.... Abah n adik plak kerja depa memancing je.. Dahla malam memancing kat tepi pantai, pagi esok plak memancing kat bawah jambatan Permaisuri Bainun... Sabo je lahh.... Pagi tu, kami apa lagi, main pantai la... Akay, kak n our mommy... Belila jugak kenang-kenangan.. T shirt tu...


Chalet di Telok Senangin...


Cantik tak bilik kami??


Tak main pon Banana Boat..


Smile... Sebelum balik...

Balik dah pon.... 25/12.. Masa krismas jugak... Tak palah.... Masa nie, dan lagi kami singgah Kuala Kangsar.. My mom nak beli labu air la... Okey, malam plak kami singgah Pacific kt Penang n Pacific kat Alor Star.... Kami pi dua2 Pacific sbb nak beli kasut Abah, tapi x jumpa.... Sampailah rumah kul 11.50 malam....
Hmmm..... Bila fikir2 balik, cuti ni asyik pi mall je... Asyik nak shopping je..... Tu lahh.... Bukannya beli apa sangat pon..

Okehh.. Bubye..
Assalamualaikum..

Result PMR 2013!!!

Assalamualaikum....
Hai.... Berdebar sungguh masa sblum dapat result, tapi........
bila dah dapat tu rasa cam segala masalah trus hilang.... ghaib cam tu je??? Hehehe.... Terhiperbola....
Alhamdulillah.. Akay gembira dan bersyukur sangat2 kpada Allah sbb dah makbulkan doa Akay n kawan2 Akay.... Syukran Ya Allah...

Skol Akay dapat top 3 skol terbaik di pringkat.... negeri je.... takdelah negara tu.... Negeri apa?? Perlis lahh.... yg amat kucintai ini... hehe... jiwang karat plak....
Apa2 pon, tahniah juga kpada kawan2 Akay yg berjaya dlm PMR... Tak kurang jugak kpada yg x brapa elok tu.... Jangan putus asa, sbb Allah dah tentukan rezeki masing2... Mungkin skarang kita gagal, tapi mungkin jugak nanti kita jugaklah org yg paling berjaya... Well, who knows, right? Jadikan result PMR skarang nie sbagai pengajaran n pendorong kpada kita utk trus berusaha.... Tapi jgn lupa, jangan sbb nk berjaya kt dunia, akhirat kita tak mau kejar plak kan?? Kejarlah kedua duanya... Aduh... Terceramah la plak... Hehehe....

Skarang kita pergi ke agenda utama kita iaitu... result PMR kat skol Akay....
Alhamdulillah.... 44 orang dpat 9A, 27 orang dpat 8A.... Yg len tu Akay x brapa pasti la.... Sori ek, kawan2 yg len... Alhamdulillah jugak, kelas Akay 3Sumaiyah 24 orang dpat 9A 5 orang lg tu dpt 8A.... Yg dpat B klas Akay tu mcm2... Ada yg BI, BA... Hmmm, stakat nie yg tulah yg Akay tau....Sedih jugak la kan BA dpt B, tapi tak pa lah... Takkan nak meraung cam orang gila plak??? Bersyukur dgn apa yg kita dapat sbb semua tu adalah daripada hasil usaha kita sendiri jugak kan? Takkan nak salahkan orang len?




Me n Jurita sblom dpt result..


Me n Ainin Sofiya... Yay!! 9A!! Thanks Allah...


9A n 8A.... Carilah sayerr....

Takat nie jerlah.... Kalau nk gambar len sama kena bukak fb la.. Sbb banyak guna kamera kwn2 sama....
Assalamualaikum...



Perlis Young Leaders '04

Assalamualaikum....

Ahhh.... leganya... bru blek dari kem 6 hari.... Letih sgt..Kem ni wat 3 hari  kat Pulau Aman, Penang dan 3 hari kat Pusat Kokurikulum Perlis.... Errmmm...... Nk kata apa lagi ya??? X tau laa.. Yg penting.. BEST!!!

Antara aktivitinya ~ Explorace, jungle trekking, wat logo group, perah puas2 IQ masing2, jln2 nk pi jeti, rafting, malam kebudayaan, ceramah n test CPR, kawad, latihan canggung, memasak, public speaking n errmmmm..... errrmmm.... abih dah kowt....

Haa.... Puas.. camne?? Akay masuk dlm group C no.9, named Bees Buzz... Awat Bees Buzz?? Sbb kmi nie bising cam lebah yg dok buzzz2 alwayss... Hehe... Ada 10 ahli, 5 laki, 5 pompuan.. 'Cheese' kmi ~ We like bees, never give up, be the best leaders, goo young leaders!! Erkk... cheese ke? bukan cheers?? A'ah lah... hehe...

Haa?? Apa? Arai? x dengar laa... nama smua ahli group?? Errr... nk g tau ke x nie?? Ok lahh... Ketua yg sgt 'dihormati'? Nickhorn... Weii.. Siamese la... yg len are fakhrul (mix chinese-malay ke?), yazir (boy), adib, awira (siamese), wei bo, fatin, fatihah, ain (akayzz) n the last one is shahira (syiera).....

Akay dpt byk jugak la kwn2 baru.. Antaranya zakiah (zack/penyu), my gwiyomi's friend... Ahakss...

Ukayyss, bye.... Gambar tak dak sbb x bawak kamera.. Lagipun kalau nk tengok jugak gambar, carilah kat fb yerr....
Bye.. Assalamualaikum..

Wednesday, 20 November 2013

LAWATAN KE THAILAND 2013

Ehem2...
Assalamualaikum....
Pada 16.11.2013 hingga 18.11.2013 ysng lslu, Akay n friends n teachers pergi ke Thailand.... Wat pa kat Thailand?? Tu pown nak tanya ke?? Jalan2 la.... Or bersiar-siar... Haishh.... Bikin kita marah jerk.... Hehe..... Ni copy paste from laporan yg Akay kena wat taw... Sebab tu yg ayat 'saya' n 'kami' tu... Jgn terasa ek??(Ek eleh... sapa yg nk terasa?? Perahsantan btoll)


Sabtu
16 November 2013

8.20 pagi
Para pelajar dan guru berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar. Kami bertolak dengan menaiki bas yang disewa daripada Syarikat Suria Indah Holiday. Terdapat tiga buah bas yang disewa. Bas yang saya naiki ialah Bas 1. Pemandu Bas 1 bernama Wak manakala pemandu pelancong bagi Bas 1 ialah  Kak Ku Anis. Pada jam 8.55 pagi, bas berhenti di CTC untuk menukar mata wang Malaysia kepada mata wang Thailand serta membeli air mineral. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan untuk mengecop border pass dan passport di sempadan imigresen Bukit Kayu Hitam, Malaysia dan Thailand. Keadaan kenderaan yang banyak menyebabkan jalan sesak. Jadi, kami terpaksa menunggu dengan lebih lama.

11.15 pagi
Kami meneruskan perjalanan selepas mengecop border pass dan passport di Thailand. Setiap bas akan disediakan seorang pemandu pelancong dari Thailand pula. Pemandu pelancong bagi Bas 1 ialah En. Abdul Kodet. En. Abdul Kodet memberi penerangan ringkas tentang perjalanan kami sepanjang 3 hari 2 malam di Thailand.


En. Abdul Kodet yg memberi penerangan...


12.30 tengah hari
Bas berhenti untuk makan di gerai - gerai yang terdapat di tepi jalan dan menunaikan solat di Masjid Darul Huda. Disebabkan kami tidak memahami bahasa Thailand, kami menggunakan tandas lelaki dan perempuan. Pada jam 1.50 petang, kami meneruskan perjalanan. Kami dapat melihat bangunan Central Festival yang masih dalam pembinaan.


Solat di Masjid Darul Huda
2.15 petang
Bas berhenti di Nora Plaza, Songkhla untuk membeli belah. Setiap pelajar dan guru diberikan kad diskaun sebanyak 20% seorang. Apabila keluar dari bas, kami agak terkejut kerana terdapat beberapa orang yang mengambil gambar kami. Rupa - rupanya, gambar - gambar tersebut akan dijual kepada kami juga nanti.Terdapat banyak barang yang dijual di Nora Plaza. Antaranya ialah gelang, cincin, rantai, beg duit, key chain, kasut, kerongsang, topi, baju, beg, teddy bear dan banyak lagi.

3.15 petang
Kami membeli belah di Ranu Kohyo. Setiap pelajar dan guru diberikan pelekat seorang supaya dapat masuk ke dalam Ranu Kohyo. Di sana, terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dijual.

4.55 petang
Kami tiba di Samila Beach untuk bersiar - siar. Terdapat sejarah yang mengatakan bahawa terdapat seorang nelayan yang terjumpa ikan duyung yang sedang menyikat rambut di Samila Beach tetapi nelayan tersebut ketakutan melihatnya dan menyebabkan ikan duyung tersebut menghilang tiba - tiba dengan masuk ke dalam air . Nelayan tersebut menunggu ikan duyung tersebut untuk muncul semula tetapi ikan duyung itu tidak muncul. Kami sempat mengambil gambar dengan arca ikan duyung yang bernama The Golden Mermaid yang terdapat di tepi pantai. Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda di mana kami perlu membayar untuk menunggang kuda di Samila Beach. Terdapat juga beberapa gerai yang menjual key chain dan makanan di Samila Beach.


Samila Beach...


Akay n friends...


Subhanallah.... Cantiknya pemandangan...


Kalau nampak, bacalah sejarah tentang ikan duyung tu... Hehe....


Me n Faza.... Tak tau pon apa maknanya tu.... Yg kat belakang kami tu...



5.30 petang
Kami meneruskan perjalanan ke Floating Market dan tiba pada jam 6.30 petang. Terdapat dua bahagian menjual makanan iaitu makanan halal dan makanan tidak halal. Kami makan malam di Floating Market dan membeli barang serta key chain.


Penjual2 makanan n minuman....


Ramainyerr manusia....


My kue tiau n orange....


8.00 malam
Kami meneruskan perjalanan untuk check in di hotel. Kami tiba di Haadyai Ambassador Hotel pada jam 8.30 malam. Seterusnya, kami diberi kunci bilik dan setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Malam itu, ada pelajar yang berehat dan ada pula yang berlatih untuk persembahan pada esok hari.


Ahad
17 November 2013

7.30 pagi
Para pelajar dan guru menaiki bak untuk bersarapan dahulu di restoran. Seterusnya, kami bertolak pada jam 8.40 pagi untuk ke Prince of Songkhla University (PSU). Kami tiba di PSU pada jam 10.40 pagi. Memandangkan hari Ahad merupakan hari cuti bagi pelajar Thailand, kami tidak nampak banyak pelajar  PSU. Seterusnya, kami mendengar taklimat tentang pengajian Islam di Dewan Imam Al -Ghazali, Prince of Songkhla University. Taklimat diberikan oleh En. Asim As-Syarif yang merupakan bekas pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. PSU merupakan satu - satunya kolej Islam yang dibiayai oleh kerajaan Thailand. Jurusan ini terletak di bawah bahagian agama yang merangkumi agama Islam, agama Buddha dan agama - agama lain. Para pelajar di PSU diambil dari pelbagai negara seperti Thailand sendiri, Kampuchea, Afrika dan negara - negara lain. Para pensyarah juga diimport dari pelbagai negara seperti Australia. Di PSU, bahasa Arab digunakan sebanyak 75% manakala 25% lagi ialah bahasa Inggeris. Bahasa Thailand pula digunakan untuk pelancong asing. Para pelajar di PSU mendapat biasiswa sepenuhnya daripada pihak Prince of Songkhla University. Pengarah PSU ialah Dr. Yusuf Khalid.


Prince of Songkhla University....


Dewan Imam al-Ghazali....


Cam meeting la plak....


11.30 pagi
Kami bertolak ke Madrasah Ar-Rahmaniah. Sebelum itu, kami singgah sebentar di Masjid Jamek Pattani dan Masjid Krue Se atau dikenali sebagai Masjid Sultan Mudhaffar Shah untuk mengambil gambar. Masjid Krue Se dikatakan mempunyai sejarah yang tersendiri di mana bahagian luar masjid tidak sempat disiapkan tetapi bahagian boleh digunakan untuk bersolat.


Masjid Jamek Pattani...


Cantiknya.... Me or masjid? Hehe.... Masjidlahh.... Subhanallah....


Ramainya umat... Kawan2 Akay lah tu..


Masjid Sultan Mudhaffar Shah or Masjid Krue Se....



Depan masjid..


Background of Masjid Sultan Mudhaffar Shah...


12.40 tengah hari
Kami tiba di Madrasah Ar-Rahmaniah atau Bamrong Islamic School. Madrasah ini merupakan madrasah terbaik di Pattani serta pernah mendapat anugerah daripada kerajaan Thailand. Madrasah ini mempunyai seramai dua ribu lebih pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah serta sekolah menengah.Kami melawat sekitar kawasan sekolah rendah di Madrasah Ar-Rahmaniah. Seterusnya, terdapat majlis bagi menyambut kedatangan kami. Majlis ini dimulakan dengan persembahan bacaan al-Quran daripada Norlia binti Haji Abdullah, pelajar Madrasah Ar-Rahmaniah. Seterusnya, terdapat ucapan daripada wakil pelajar Madrasah Ar-Rahmaniah iaitu Nurul Izzah binti Ismail. Kemudian, terdapat persembahan nasyid daripada pelajar madrasah ini dan persembahan daripada ketua pelajar perempuan Madrasah Ar-Rahmaniah.Seterusnya, terdapat persembahan daripada pelajar SMKA(P). Antaranya ialah persembahan hiwar bahasa Arab oleh Ain Khaleda binti Ahmad Yatim, Nur Faza Zinnirah binti Fadzil dan Salsabila binti Abdullah. Seterusnya ialah persembahan choral speaking bahasa Inggeris daripada pelajar SMKA(P). Kemudian, terdapat ucapan daripada pengetua atau mudir Madrasah Ar-Rahmaniah, En. Shamsudin bin Haji Abdul Rahman. Selepas itu, terdapat ucapan daripada wakil pentadbir SMKA(P), Ustaz Idris bin Ahmad. Setelah tamat majlis, kami dijemput makan tengah hari dan menderma kepada tabung Madrasah Ar-Rahmaniah.


Kanak2 di Madrasah Ar-Rahmaniah....


Tengah tidur.....


Belajar... Rajin.... Bagus, cam ni lah...


Dan lagi main football...


Me n them... Heheh....


Welcome to Bamrong Islam Library....


Selamat Datang SMKA(P) Alawiyah Kangar


Smile..


Tengok cam...

3.20 petang
Kami menyambung perjalanan ke Yala Islamic University (YIU) atau Universiti Fatani. Jarak antara Madrasah Ar-Rahmaniah dengan YIU adalah kira - kira 30 kilometer. Pada jam 3 .55 petang, kami tiba di YIU. Kami dijemput untuk mendengar taklimat tentang YIU di Bangunan Fakulti Pendidikan. YIU merupakan satu - satunya universiti di Thailand yang semua hartanya merupakan harta waqaf. Para pelajar di YIU pula berasal dari China, Cambodia, Afrika, Thailand sendiri dan negara - negara lain. Setelah mendengar ucapan daripada Dekan YIU, kami mendengar pula ucapan daripada Ustaz Idris bin Ahmad, wakil pentadbir SMKA(P). Setelah tamat, kami menunaikan solat jamak ta’khir di masjid di YIU pada jam 5.40 petang dan menyambung perjalanan pulang ke hotel pada jam 6.15 petang. Pada jam 8.00 malam, kami berhenti untuk makan malam dan meneruskan perjalanan pada jam 8.50 malam. Kami tiba di Haadyai Ambassador Hotel pada jam 10.00 malam.


Baru je sampai...


Bangunan Fakulti Pendidikan....


Erkk.... SMKA(P) Alawiyah lah....


Khusyuknya dengaq....


So sweet... (Sweetlah sangat..)



Isnin
18 November 2013

8.30 pagi
Kami berkumpul di lobi hotel untuk menaiki tuk tuk atau jeep ke Hatyai Market. Bayaran untuk seorang adalah sebanyak 20 baht. Kami diberi masa sehingga jam 12.00 tengah hari untuk membeli belah. Barang - barang yang dijual di Hatyai Market ialah beg, kasut, pakaian, barangan perhiasan, makanan, parmainan, jam dan banyak lagi.Kami bersarapan dan makan tengah hari di tingkat tiga Hatyai Market yang menyediakan pelbagai jenis juadah makanan. Selesai membeli belah, kami menaiki tuk tuk untuk pulang ke hotel dan mengemas barang. Kami berehat dan solat di dalam bilik.


Tengok je.. Tak beli pon yg nie..


Sambil2 tu dok teman Husna beli...


Tunggu Faza n Sharifah, lambat la depa nie.....


Depan Hatyai Market...

2.00 petang

Kami check out daripada Haadyai Ambassador Hotel dan menaiki bas untuk pulang ke Malaysia. Kami tiba di SMKA(P) Alawiyah pada jam 5.20 petang.

Okey.... Bubye....
Assalamualaikum....